HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 September 2010

Ketuanan Melayu UMNO, Ibarat Segerombolan Serigala Menjaga Kambing

Oleh ramziredang

"Mahathir dan UMNO, yang memberi amaran tentang ketuanan melayu, lagaknya sama seperti Amerika. Amerika memberi amaran kepada dunia tentang bahaya nuklear Iran, padahal Amerikalah negara pertama dalam dunia ini yang telah melepaskan bom atom di Hiroshima. Hinggakan ianya mengorbankan apa sahaja yang bernyawa dan kesan kimianya ditanggung hingga berabad lamanya. Belum pernah ada negara lain sejahat Amerika.

Hari inipun Amerika masih membelanjakan USD80 bilion untuk nuklearnya. Tetapi dengan pengaruh dan kuasanya, kejahatannya dihiasi dengan berbagai alasan supaya kelihatan baik dan perlu. Begitulah ketuanan melayu versi UMNO yang kini cuba dimainkan semula oleh Mahathir. Mahathir yang dulu telah menghakis kuasa raja raja melayu, Mahathir yang sama inilah juga hari ini bercakap tentang ketuanan melayu.

Kuasa Raja raja Melayu.

Kuasa raja raja melayu adalah lambang ketuanan sebenar bagi melayu dan kemelayuan. Tetapi pada 30 desember 1992, mahathir dengan megahnya berkumpul dengan ahli UMNO di PWTC, memberi taklimat untuk menghapuskan kekebalan raja raja . Maka Dewan Tun Hussein Onn di PWTC itu adalah menjadi saksi, betapa Mahathir dan haprak haprak melayu (UMNO), memula titik sejarah raja raja melayu dilucut kekebalannya. Kenapa ianya dihapuskan oleh Mahathir? Apakah pernah ada raja raja masuk campur urusan kerajaan? Tentu tidak ada. Tetapi Mahathir ada agenda sulit yang ingin dicapainya. Cuma tampuk kuasanya tidak sepanjang yang dia jangka. Akhirnya dia sendiri didesak oleh ahli partinya supaya meletak jawatan. Maka dengan terpaksa dan muka meleleh mengalir airmata dia terpaksa letak jawatan.

Jadi apa maksud ketuanan melayu pada pandangan Mahathir dan UMNO? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah kuasa yang menyeluruh untuk mengikis harta negara dan duit rakyat. Hilangnya ketuanan melayu pada pandangan mamak kutty pembelit ialah bermaksud hilangnya kuasa dan peluang untuk merompak harta negara. Itulah maksud bagi pandangan pemimpin UMNO.

Bertitik tolak dari perangai pemimpin UMNO seperti Mahathir inilah maka timbulnya berbagai peristiwa derhaka terhadap raja yang dilakukan oleh para pemimpin lain UMNO. Contohnya seperti ingin menabal raja di Ketereh oleh Anuar Musa di Kelantan, ingin melantik Tun Ali di terengganu dan juga elemen maki seperti "aku nak deris, NATANG". Ini semua lahir dari penipu besar UMNO yang kononnya mengaku membela ketuanan melayu.

Ketuanan Melayu Dan kemiskinan Melayu.

UMNO sebenarnya tidak pernah membantu melayu keluar dari kepompng kemiskinan. Bermula dari tahun dilancarnya DEB pertama pada tahun 1969-1970, UMNO melihat DEB adalah satu peluang untuk mengkayakan kroni. Maka selepas itulah munculnya semakin ramai ahli korporat dan keparat melayu. Mereka yang muncul ini adalah orang yang ada hubungan rapat dengan PM. Muncullah berita tentang kekayaan anak anak perdana menteri, anak menteri, kroni dan anak kroni. Kenapa anak anak PM boleh kaya? Apakah keluarga PM telah ada harta berjuta juta sebelum jadi PM?

Sungguhpun banyak muncul keparat keparat melayu, namun rakyat marhain masih di belenggu kemiskinan. Kian hari kadar kemiskinan makin tinggi. Malah hasil DEB pula tidak dapat mencapai sasaran 30%. Negeri negeri yang mempunyai majoriti orang melayu menjadi negeri negeri yang sangat miskin seperti Terengganu, Kedah dan Kelantan.

Malah walaupun Terengganu mempunyai hasil minyak tetapi tahap kemiskinan rakyat terengganu tetap berada di tahap tinggi. Duit hasil royalti dibaham rakus oleh para pemimpin UMNO. Malah pernah ada laporan dari juru audit, dalam perbelanjaan sebanyak 7 billion hasil royalti minyak terengganu selama empat tahun, hanya RM3 billion sahaja yang ada hitam putih perbelanjaannya sementara RM4 billion lagi entah ke mana.

Kini, Kelantan yang majoriti penduduk melayu, negeri melayu, majoriti pemimpin melayu dan sangat miskin, dinafikan pula royalti minyak. Jadi apakah maksud ketuanan melayu di mata UMNO? Jika ikhlas tentang ketuanan melayu, buktikanlah di Kelantan.

Benarkah UMNO Pentingkan Ketuanan Melayu?.

Tidakkah kita bertanya kenapa UMNO berpecah berpuak puak? DiTerengganu ada puak Deris Jusuh dan Matsaid. Di Perlis ada puak Isa Sabu dan puak Shahidan Kasim. Di kelantan ada puak Anuar Musa dan puak Awang Adek. Di selangor ada puak Khir Toyo dan puak Noh Omar. Kenapa mereka sentiasa berpuak puak? Adakah mereka berebut ketuanan melayu? Tidak. Mereka berebut harta rakyat. Sebab itulah mereka tidak dapat bersatu. Menjadi pemimpin adalah peluang mengikis harta rakyat. Maka timbullah saling jatuh menjatuhkan. Saling dengki mendengki.

Malah Perdana Menteri sendiri tidak mampu menyatukan puak puak sebelumnya. Puak mahathir, puak Paklah, puak najib, puak khairy puak mukhriz. Sehingga kiamatpun mereka tidak akan dapat bersatu kerana mereka saling berdendam untuk mengikis harta negara.

Jadi jelaslah mereka ini bukan pentingkan ketuanan melayu. Menyerah tampuk kuasa ke tangan mereka umpama kita menjemput segerombolan serigala menjaga kambing. Saban hari mereka akan berebut untuk membaham kambing seekor demi seekor.

Yang menjadi mangsa adalah rakyat dan mereka akan sentiasa ketawa kerana merasakan dalam hati mereka, mudahnya rakyat ditipu oleh mereka.

Tiada ulasan: