HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 September 2010

SULTAN TAWI-TAWI DILOKAP?

SULUK SABAH

SAYA agak terkejut membaca artikel bertajuk ‘Sultan Sulu Beristana di Rumah Merah’ dan merasa agak terkilan jika benar Sultan Mohammad Aidal Aliuddin ditabalkan sebagai Sultan Tawi-Tawi sedangkan beliau memegang Pasport Filipina yang tamat tempoh dan dalam masa yang sama memiliki Mykad Malaysia?

Jika Sulu sebuah negara berdaulat, sudah pastinya Sultan Sulu termasuk yang palsu, memegang pasport Sulu dan mereka mempunyai Kedutaan mereka di Sabah atau di Kuala Lumpur.

Persoalannya kenapa Kerajaan Malaysia membenarkan Sultan Sulu dan Sultan-Sultan palsu memasuki Sabah secara bebas dan ada yang ditaja oleh Kerajaan Negeri Sabah sedangkan mereka adalah ‘Penyamar’ dan ‘Badot Sarkas’ tajaan UMNO yang selama ini menggunakan warga Sulu sebagai Fixed Deposit untuk memperkasa politik Sabah?

Saya terkesima apabila warga Suluk tempatan terpengaruh dengan penyamar yang disewa oleh pemimpin UMNO untuk menuntut Sabah dan menggembar-gemburkan isu Tuntutan Filipina dan Waris Sultan Sulu sedangkan majoritinya memegang Kad Pengenalan Malaysia atau passport Filipina.

Kerajaan sewajarnya menangkap penyamar dan badot UMNO ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana mengancam keselamatan Negara; sebaliknya mereka ini ‘dipuja dan dipuji’ sebagai Sultan yang adil dan wajar diserahkan kembali ‘Takhta’ dan negeri Sabah kepada mereka.

Saya tidak tahu kenapa Polis tidak menahan ‘Pembakar Bendera Sabah’ di bawah ISA sedangkan seorang kartunis bernama Zunar yang mengekspresi bakatnya melalui kartun disumbat ke dalam ISA atas tuduhan menghasut?

Akhir sekali, saya mendesak agar Kerajaan Malaysia menyekat kebangkitan Sultan Palsu di Sabah dan menghentikan dakwaan bahawa Sabah milik Sultan Sulu yang semakin berlumba-lumba untuk menuntut Sabah, sedangkan penduduk asli Sabah bertambah gusar kerana bilangan pendatang asing lebih ramai daripada mereka; terutama ketika pemimpin masih bertelagah dengan makna slogan ‘1Malaysia’.


12 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Diharapkan perkara ini disiasat secara teliti dan penjelasan yang setimpal diberikan.

Anak Sabah berkata...

Saya berharap kerajaan akan mengambil tindakan yang betul mengenai hal ini.

mantra berkata...

hal ini perlu disiasat, sekarang ini semakin ramai yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan ingin menuntut Sabah. jgn biarkan hal ini menimbulkan kekecohan di negeri kita.

madd berkata...

pekara ini perlu disiasat dan mengambil tindakan yang perlu berkaitan pekara ini.

Unknown berkata...

nah siasatan perlu atas perkara ini. Sultan Palsu di sabah? memang tidak disangka akan dilokap.

Unknown berkata...

Memiliki Mykad dan Passport filipin?ini menandakan ada orang yang membantu mereka untuk proses pembuatan mykad. Apa yang kerajaan negeri perlu lakukan ialah memcari dalang dalam hal ini untuk membantu menyelesaikan masalah sebegini.

Mahsiran berkata...

Sultan Sulu masuk rumah merah(penjara penahanan sementara PATI)kerana Sultan palsu. Siapakah dalang semua ini yang membolehkan mereka ini bebas masuk ke Malaysia. Siasatan kepada dalang haruslah dilaksanaankan untuk menyelesaikan masalah PATI sekarang.

Tanpa Nama berkata...

betulkah mereka2 itu tajaan UMNO? jangan buat tuduhan melulu selagi belum tahu hujung dan pangkal cerita. siasat perkara ini dan tolong dedahkan siapa ahli UMNO yang terlibat. buktikan bahawa mereka itu adalah tajaan UMNO supaya rakyat lebih jelas dengan perkara ini dan tidak teragak2 membuat keputusan kelak.

Tanpa Nama berkata...

walaupun ramai yang mengaku bahawa mereka adalah Sultan sulu. namun, hingga kini belum ada lagi lagi Sultan Sulu yang benar2 berdaulat. bagaimana sultan boleh ditahan di Rumah Merah pla. nampaknya dia ni adalah sultan palsu. hal ini perlu disiasat.

samm berkata...

janganlah membuat tuduhan dengan menyatakan mereka ini tajaan UMNO. apa pun pekara ini perlu disiasat dan dijelaskan..

Unknown berkata...

Betulkah dakwaan ini? Macam kurang jelas saja.

YM berkata...

Lebih baik tanya Raja Sultan Agong bagi 7 buah negara diasean tenggara.Siapa yang berhak??