Sesetengah sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara daripada 1996-2000 tidak merekodkan keturunan kanak-kanak berkenaan.
Malaysiakini memperolehi tiga sijil kelahiran yang didaftarkan di Semenajung Malaysia pada 1996, 1998 dan 2000.
Maklumat wajib yang diperlukan adalah nama penuh kanak-kanak, tempat dilahirkan, tarikh dan masa kelahiran serta jantina.
Format sijil kelahiran yang dikeluarkan pada 2000 adalah sedikit berbeza dengan yang digunakan pada sekitar tahun 1990an.
Sijil yang dikeluarkan pada 1996 dan 1998 mencatatkan keturunan kedua-dua ibu bapa tetapi sijil 2000 mencatatakan bukan sahaja keturunan kedua-dua ibu bapa tetapi juga agama mereka.
Alasan bagi perbezaan format itu tidak diketahui dan Malaysiakini masih menunggu jawapan daripada JPN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan