Ditulis oleh Hafizan Taib
KUALA LUMPUR : Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreneevasan selesai membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Travers ekoran ugutan bunuh yang diterimanya.
Terdahulu beberapa wartawan dan ahli gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung ugutan bunuh pemimpin NGO itu dan Pakatan Rakyat malam semalam dan awal pagi tadi.
Malaysiakini melaporkan, Ambiga sendiri mengesahkan bahawa beliau telah menerima SMS berkenaan dari nombor telefon 601119732179.
Ambiga yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkata, beliau yakin pihak polis dapat menjejaki individu yang menghantar SMS tersebut.
" Kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan saya percaya polis akan dapat mengenal pasti pihak yang menghantar SMS itu kerana ada nombor telefon,"kata Ambiga.
Beliau tiba di Balai Polis Bukit Travers kira-kira jam 11 pagi tadi dan selesai membuat laporan polis pada jam 1 petang tadi.
Ambiga ditemani Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah, Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah) dan peguam beliau, Latheefa Koya.
SMS ugutan yang diterima berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.
“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.
“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."
Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan