HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Jun 2011

Insentif poligami untungkan banyak pihak, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan

THE MALAYSIAN INSIDER

KOTA BARU – Cadangan Kelantan memberi insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan poligami mereka, akan menguntungkan banyak pihak, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata langkah itu juga tidak bercanggah dengan Islam kerana ia boleh mengharmonikan rumah tangga dan pasangan terbabit.

“Baguslah, cadangan insentif itu baik dari segi agama, dan ia boleh membantu mengharmonikan rumah tangga yang dibina secara poligami,” katanya.

Daud, yang merupakan seorang daripada penggubal Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan, diminta mengulas kenyataan exco negeri itu Wan Ubaidah Omar mengenai cadangan Kelantan memberi insentif kepada suami yang tidak merahsiakan poligami.

Wan Ubaidah berkata pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan berikutnya daripada pengetahuan isteri dan anggota keluarga lain bagi mengelak berlaku salah faham.

Tiada ulasan: