HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Disember 2011

Dewan Rakyat terima cadangan PSC


MALAYSIA KINI

Pelbagai agensi kerajaan akan diminta melasanakan 10 cadangan dalam laporan awal oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini.

NONEPada sidang medianya, pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata laporan berkenaan telah dibahaskan hari ini dan cadangannya telah diterima oleh Parlimen.

"Kami telah menamakan mereka yang perlu melaksanakan cadangan itu dan akan memantau perkembangan mereka berdasarkan jadual yang akan dikemukakan kepada kami,” kata Ongkili.

Mengulas lanjut, Ongkili berkata agensi kerajaan yang dinamakan dalam laporan awalnya itu mempunyai tempoh dua minggu untuk mengemukakan jadual dan butiran tindakan mereka.

Beliau memberi jaminan bahawa PSC akan terus memantau perkembangan agensi terbabit selagi mandat yang diberikan kepadanya masih berkuat-kuasa.

"Jawatankuasa (PSC) ini mempunyai masa empat bulan. Kami tidak akan tersasar daripada tujuan utama, meskipun akan memantau pelaksanaannya,” katanya.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, pengarah pilihan raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli (bawah, kanan) berkata parti itu mahu kerajaan melaksanakan segala syor yang dikemukakan PSC.

Katanya, adalah sia-sia jika syor berkenaan yang dibentang kepada kerajaan dibakul sampahkan.

"Paling penting kita minta usul yang dibahaskan ini diguna pakai untuk pilihan raya umum ke-13.

NONE"Kalau pilihan raya bulan depan, bulan depanlah syor ini dilaksanakan," katanya dipetik oleh Harakahdaily hari ini.

Cadangan PSC itu, antara lain mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminda segera peraturan pilihan raya agar dakwat kekal boleh digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, beberapa cadangan yang dikemukakan adalah meluaskan kategori pengundi tidak hadir luar negara kepada semua rakyat Malaysia yang layak, membenarkan pengundian di luar kawasan, penukaran alamat pusat mengundi, pembersihan daftar pemilih, pameran rang daftar pemilih tambahan, ketelusan proses mengundi, proses ulang kira kertas undi, penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR.

Mengulas lanjut, Mohd Hatta yang juga antara anggota PSC berkata, jika ia tidak dilaksana, bermakna reformasi pilihan raya yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya satu pembohongan.

"Kalau tidak dilaksana, maka kerja PSC yang dipilih oleh parlimen ini hanya sia-sia. Rakyat akan menilai ini semua.

"Kalau diluluskan tetapi tidak ada apa-apa tindakan, maknanya ini satu pembohongan kerajaan BN kepada rakyat," katanya.

Tiada ulasan: