Nigel Aw
Usaha baru dan berterusan kerajaan BN untuk memerangi gejala rasuah gagal menyaksikan negara daripada terus terjerumus dari tangga Indeks Persepi Rasuah (CPI) yang dikelolakan Transparency International.Ini kerana Malaysia dikatakan gagal bertindak ke atas "rasuah besar".
Menurut badan integriti global itu antara punca kemerosotan adalah kerana amalan lazim dalam pemberian projek-projek mega tanpa tender terbuka, perolehan tentera yang melambung dan pertalian rapat antara ahli perniagaan dan ahli politik yang diselubungi rahsia.
Setiausaha Agung, Transparency International Malaysia (TI-M) Josie M Fernandez berkata meskipun pendakwaan dijalankan terhadap mereka yang terbabit namun "ikan besar" masih tetap bebas.
"Saya diberitahu betapa menyedihkan apabila ada beberapa pegawai kecil yang menerima jumlah wang yang kecil tetapi diheret ke mahkamah dan disiarkan di televisyen. Tetapi pegawai-pegawai atasan dengan gaya hidup mewah tidak diseret ke mahkamah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan