KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mencadangkan agar diwujudkan saluran televisyen khas sempena berlangsungnya Pilihan Raya Umum akan datang.
Ini kerana katanya, saluran itu penting bagi memberi liputan secara adil untuk semua parti yang bertanding.
“Cadangan ini perlu diambil kira kerana sehingga kini media arus perdana enggan menyiarkan berita mengenai parti pembangkang secara adil dan kalau adapun kami diburuk-burukan walaupun media itu merupakan media kerajaan yang dibayar dari wang pembayar cukai iaitu rakyat sendiri,” katanya pada perbahasan di Parlimen hari ini.
Cadangan itu katanya perlu dilaksana dan dipantau SPR.
“Dengan syarat perlantikan SPR dan anggotanya dilantik secara telus dan bebas juga,” katanya.
BN diketahui umum memanipulasi media arus perdana untuk memberikan liputan yang menyebelahi mereka sewaktu pilihan raya.
Pada masa sama, ahli politik dari pembangkang pula langsung tidak mendapat tempat untuk ke udara menerusi stesen televisyen yang dibiayai dengan wang rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan