HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Disember 2011

Muhyiddin: Ada pihak 100 kali lebih rasis dari Umno

Abdul Rahim Sabri

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak dakwaan bahawa ucapannya ketika merasmikan ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri - kelmarin adalah bersifat rasis.

Katanya, apa yang diucapkannya "bukan suatu yang berbeza sebaliknya memperkukuhkan kesedaran baru" di kalangan orang Melayu tentang perjuangan parti itu.

NONE"Tidak ada perbezaan, apa yang disebutkan dengan sejarah yang telah dinyatakan.

"Cuma orang yang bersikap terlalu rasis sahaja, sepanjang masa, apabila satu pihak bercakap tentang satu kaum, dia kata dia (ini) rasis.

"Mereka tidak sedar, dia lebih seratus kali lebih rasis daripada kita," katanya menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menyatakan dengan jelas identiti yang dimaksudkan sebaliknya menyifatkan mereka itu "tak ada bukti bahawa dia sanggup bekerjasama dan sanggup berkongsi pengalaman dan kuasa".

Bercakap pada sidang media selepas mendengar ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Razak, Muhyiddin berkata amanat itu yang menyentuh sejarah parti membuktikan bahawa Umno tidak bersikap rasis.

NONEIni kerana, kata Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri, Umno sedia berkongsi kuasa dan memperjuangkan prinsip bukan untuk satu kaum.

"Walaupun sejarah dahulu, kita dalam satu peringkat boleh menubuhkan kerajaan Umno sendiri dalam pilihan raya pertama lalu, tetapi kita tidak buat begitu. Kita berkongsi kuasa.

"Dalam fasal-fasal pilihan raya selepas itu, Umno menang kerusi 51 peratus dalam parlimen (tapi) kita berkongsi kuasa. Dan ini kita tidak buat dalam pilihan raya sekali sekala, kita buat sepanjang masa selama 54 tahun.

"Jadi saya, sebagai timbalan presiden, sewaktu berucap, saya menyuarakan perkara yang serupa. Bukan luar biasa," katanya.

Katanya, parti itu mementingkan memberi kesedaran kepada orang Melayu kerana Melayu "faham dan bersama-sama mempertahankan perpaduan antara kaum".

NONEPada sidang media itu, juga beliau mengucapkan terima kepada presiden parti yang memujinya sebagai timbalan presiden yang "setia".

Muhyiddin menganggap ia satu pengiktirafan dan penghargaan sambil menegaskan beliau "sentiasa setia" untuk membantu Najib dalam segala urusan.

Beliau juga menganggap ucapan Najib yang menggariskan sejarah perjuangan parti, sebagai "ucapan terbaik" dalam mana-mana perhimpunan parti itu.

Tiada ulasan: