| Harakahdaily |
|
“Kembali kepada mesyuarat atau syura adalah kembali kepada Allah, rasul-Nya dan ulil amri (syura) sebagai mana diseru oleh al-Quran, DPPM dengan penuh tawaduk meyakini bahawa menerima keputusan syura dalam menentukan apa-apa tindakan ke atas mereka yang terlibat adalah satu amal ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya,” kata timbalan ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) kepada Harakahdaily. Katanya, ketaatan kepada Allah akan mendekatkan parti PAS kepada janji-janji agung daripada Allah ke atas hamba-hamba-Nya yang berjuang di jalan-Nya. Ini, ujarnya seperti yang dipertegaskan oleh DPPM sebelum ini, setiap perselisihan yang berlaku hendaklah diadili seadilnya oleh hakim yang diberi kuasa oleh ugama. Justeru, kata beliau sebarang penghukuman awal oleh mana-mana pihak, luar dan dalam parti, adalah tertolak kerana ia pasti menambahkan kerosakan. “Seperti kata al-Mursyidul Am, ia hanyalah ribut kecil yang dikencangkan oleh pihak yang enggan melihat kesepaduan jamaah Islam,” katanya. Beliau berkata, DPPM dengan ini menawarkan kepada pihak yang bertelagah apa yang ditawarkan oleh Allah di dalam al-Quran iaitu kembalilah kepada jalan-Nya yang terbentang luas. “Semoga Allah merapatkan kembali talian iman dan ukhuwwah sesama ahli,” katanya lagi. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 23 Disember 2011
Terima keputusan syura dalam apa jua tindakan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan