HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Ogos 2012

ADUN DAP: Khir Toyo lebih budiman

Ahmad Fadli KC


 
WAWANCARA ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata beliau melihat mantan menteri besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo sebagai pemimpin yang lebih berbudi bahasa dan beradab berbanding Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

"Kedua-dua pemimpin ini ada satu ciri yang sama, kedua-duanya pemimpin Umno di negeri Selangor.

"Yang kedua, dua-dua pemimpin ini rakus tetapi perbezaan antara Noh Omar dan Khir Toyo, Khir Toyo nampak tak segarang Noh Omar.

"Dia tidak gengster (seperti Noh Omar)", kata Ng dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Ng merupakan pemimpin DAP yang bertanggungjawab mendedahkan isu melibatkan sebuah rumah milik Khir Toyo sehingga membawa kepada pendakwaan terhadap ADUN Sungai Panjang itu di mahkamah.

Khir Toyo kemudiannya didapati bersalah menggunakan kedudukannya selaku menteri besar untuk membeli rumah dan tanah itu pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara setahun dan kini dalam proses merayu hukuman itu.

Selepas Khir, Ng kini dalam proses mendedahkan satu urusniaga tanah yang dikaitkannya dengan Noh Omar.

Tiada ulasan: