Ketua
Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan menyerahkan kepada polis
nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu sebuah laman sosial
Facebook didakwa milik pergerakan itu.
Facebook itu dikatakan memaparkan poster berbau hasutan: Jika orang ramai setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepada gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat.
Anggota Parlimen Rembau itu berkata berdasarkan siasatan dan maklumat yang dikumpul beliau dan rakan-rakannya, 'satu atau dua nama' disyaki mengendali laman facebook palsu itu.
“Satu laporan polis telah dibuat pada Isnin lepas. Kami masih menunggu untuk dipanggil polis untuk memberi keterangan.
“Saya akan menyerahkan maklumat mengenai individu itu...untuk siasatan lanjut apabila dipanggil polis untuk memberi keterangan nanti,” katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Endon, Presint 10 di Putrajaya hari ini.
Khairy berkata poster berbaur hasutan dalam laman Facebook itu tidak mencerminkan pendirian Pemuda Umno dan motif pengendali poster tersebut berpendirian extremis, bodoh atau sabotaj.
Isnin lepas, Setiausaha Kerja Pemuda BN, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis berhubung kewujudan laman facebook itu. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan