TERKINI
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu pemberita dalam sidang akhbar selepas dewan parti bermesyuarat dan memutuskan agar dewan Ulama menentukan nasib Nasharuddin oleh kerana beliau tidak mempunyai jawatan dalam dewan harian.
“Kami hanya bincang isu politik. Beliau bukan anggota dewan harian jadi kami serahkan perkara tersebut kepada dewan Ulama,” katanya.
Isu untuk menubuhkan negara Islam dan memperkenalkan undangiundang hudud menjadi 'duri' dalam PR apabila pemimpin PAS dan DAP seringkali berlawan dalam media.
Selepas 2008, Umno juga seringkali memainkan bahawa penubuhan PR adalah signal jelas bahawa PAS telah melupakan agenda negara Islam.
Manakala MCA pula menggunakan isu pertelingkahan PAS-DAP dalam isu hudud sebagai 'peluru' politik.
Awal bulan ini, presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek mengatakan kemenangan PR akan membenarkan penubuhan negara Islam dan hudud akan digunapakai.
17 Ogos lalu, Karpal berkata beliau akan mengemukakan saman fitnah selepas bekas timbalan presiden PAS itu mengatakan Karpal anti Islam.
Sebelum itu, Nasharuddin dilaporkan mengatakan "Karpal Singh bukan sahaja menentang Hudud akan tetapi anti Islam."
Nasharuddin juga turut menggesa PAS meninggalkan PR oleh kerana DAP menentang hudud.
Beliau juga dilihat bersama-sama Datuk Seri Najib Razak menunaikan umrah dan bertemu dengan Ulama di Arab Saudi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan