Beliau (gambar) berkata walaupun pihak kalah melalui proses demokratik, mereka akan menggunakan sistem demokrasi sama untuk menafikan keputusan pilihan raya dengan mendakwa bahawa ianya sudah tercemar.
“Kadang-kadang ini membawa kepada keganasan dan pembunuhan, rumah-rumah dan bangunan terbakar ... mereka akan lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan majoriti,” kata Dr Mahathir semasaa ceramah makan tengah hari bagi Forum Antarabangsa 2012 diadakan sempena perhimpunan agung Umno minggu ini.
“Ini kerana di negara-negara demokrasi baru, kita tidak menghargai sepenuhnya sistem ... walaupun kita katakan kita suka demokrasi, kita hanya suka apabila kita menang, bukan apabila kita kalah,” katanya.
Dr Mahathir menambah walaupun demokrasi menggalakkan kesaksamaan rakyat, ini akan membawa kepada konflik kerana ramai tidak berkongsi cita-cita sama.
Konflik-konflik ini, jika tidak dijelaskan dengan betul, akan membawa kepada keganasan yang tidak berkesudahan dan kehilangan nyawa, katanya.
“Jadi demokrasi pun tidak menjamin keselamatan rakyat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan