HALAMAN SANTAI

Selasa, 6 November 2012

Teng 'dimaklum sepenuhnya' tentang konvensyen DAP S'gor

 
Kuek Ser Kuang Keng


 
Ketidakhadiran Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim di konvensyen tahunan parti itu Ahad lalu tidak boleh diterima sama sekali, kata satu sumber dalam jawatankuasa DAP negeri.

NONEMenurut sumber itu, yang enggan namanya disiarkan, penjelasan
Teng bahawa beliau hanya dimaklumkan pada saat-saat terakhir adalah tidak benar.

Sumber itu mendakwa, dua pucuk surat telah dihantar kepada semua perwakilan - yang pertama dihantar pada 7 September supaya mereka boleh mengosongkan tarikh itu untuk menghadiri konvensyen tersebut.

Yang kedua, dakwanya lagi, adalah surat rasmi yang memetik perlembagaan parti, dan telah dihantar pada 24 Oktober, lebih seminggu sebelum konvensyen itu berlangsung.

Di samping itu, sebagai naib pengerusi jawatankuasa DAP negeri, Teng (atas) dimasukkan ke dalam kumpulan e-mel jawatankuasa tersebut.

Banyak e-mel telah dihantar berhubung kertas kerja dan laporan yang akan dibentangkan dalam konvensyen tersebut, jelas sumber itu  lagi.

2012 selangor dap convention 041112 teresa kok delegates 2"Walaupun tidak pernah membalasnya, beliau berada dalam kumpulan e-mel. Sudah pasti beliau tahu mengenai konvensyen negeri yang akan berlangsung," kata sumber itu.

Beliau menegaskan bahawa Teng adalah satu-satunya ahli jawatankuasa itu yang tidak hadir.

"Adakah beliau begitu terasing daripada ahli-ahli yang lain sehingga beliau dia tidak tahu tentang konvensyen tersebut?"

Sumber itu juga mendakwa Teng telah tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa negeri itu sejak Mei.

"Mesyuarat diadakan sekali setiap enam minggu. Beliau tidak menghadiri sekurang-kurangnya tiga mesyuarat," dakwa sumber itu lagi.

Tiada ulasan: