KUCHING - Kes kemalangan maut di Sarawak sepanjang Op Selamat sempena
Aidilfitri kali ini meningkat 25 peratus kepada 15 kes berbanding 12
pada tahun lalu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryll Sani Abdullah Sani berkata kejadian membabitkan 19 mangsa berbanding 17 pada operasi serupa tahun lepas.
"Bilangan kematian itu menunjukkan terdapat lebih satu kematian dalam setiap kemalangan yang berlaku di setiap daerah negeri ini.
"Sibu dan Bintulu masing-masing mencatatkan dua kes kemalangan maut manakala satu kes di daerah-daerah lain," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pengguna Jalan Raya Berhemah dan Daerah Terbaik sempena Op Selamat III 2013 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini hari ini.
Katanya secara keseluruhan, Sarawak mencatatkan 702 kemalangan jalan raya sepanjang 15 hari operasi berlangsung, iaitu menurun sebanyak 70 kes berabdning operasi sama tahun lepas.
"Penurunan statistik kemalangan adalah hasil tindakan pihak polis menempatkan beberapa anggota di lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalangan selain kekerapan rondaan bagi mengurangkan kadar jenayah," katanya.
Acryll Sani berkata dari segi kes pecah rumah pula, terdapat pengurangan sebanyak 14 peratus iaitu daripada 115 kes tahun lalu kepada 99 kali ini.
"Penurunan kes-kes itu bertitik tolak daripada tindakan pihak polis meningkatkan rondaan bagi memastikan keselamatan harta benda dan rumah sentiasa terjamin sepanjang ia ditinggalkan pada musim perayaan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan