KUALA LUMPUR: Setelah hampir sembilan bulan berdolak dalih, parti utama kerabat BN, MCA memutuskan untuk menerima lantikan ke jawatan kerajaan termasuk jawatan dalam kabinet.
Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu dekat sini, hari ini.
EGM itu dilaksanakan atas cadangan Presiden MCA yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Sejumlah 1,982 perwakilan yang hadir mengundi menyokong usul tersebut dengan lima menentang dan empat berkecuali.
MCA pimpinan Presiden terdahulu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memutuskan untuk tidak menyertai kerajaan selepas gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan