Oleh: Norhayati Umor
SHAH ALAM : Pengumuman Barisan Nasional (BN) meletakkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac depan mengundang pelbagai reaksi pengundi di beberapa laman sosial.
Dalam laman facebook, pelbagai komen dan reaksi diutarakan dan ada juga menganggap calon MCA itu hanya dijadikan kambing hitam oleh Umno.
Bagi Shamsol Zamri beranggapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pengalaman yang lebih sebagai Timbalan Perdana Menteri jika dibandingkan dengan calon BN itu.
Manakala Sius Siarus berkata, BN hanya mencari nahas meletakkan Mei Fun kerana Anwar bukan calang-calang pemimpin.
Bagi Azlan Azhar pula, tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) yang menjelaskan keputusan itu merupakan peluang untuk memberikan khidmat yang terbaik dianggap ‘janji palsu’.
“Asyik berjanji, macam pilihan raya dulu. Barang semua naik tetapi tiada seorang pemimpin BN yang membantah.
“Kepada pengundi berdaftar di Kajang, pastikan anda semua mengundi pada hari itu jangan biarkan pengundi asing mengundi bagi pihak anda,” katanya.
Sementara itu, pelbagai sokongan juga diberikan kepada Anwar.
Antaranya, bagi Abuadi Mamat berharap rakyat memberi sokongan padu kepada calon PKR itu seterusnya memberikan kemengangan dengan majorit yang lebih besar.
Semalam, Muhyiddin mengumumkan meletakkan Mei Fun sebagai calon dalam sidang media.
EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan