KUALA LUMPUR: Kawasan yang merekodkan bacaan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada lapan setakat 7 pagi
tadi, berbanding lima kawasan pada petang Selasa.
Menurut portal
Jabatan Alam Sekitar (JAS), Putrajaya mencatat bacaan IPU tertinggi
pada 113, diikuti Banting dan Pelabuhan Klang (110), Cheras (107), Nilai
(106), Shah Alam (105), Petaling Jaya (104) dan Batu Muda (102).
Dalam pada itu Port Dickson yang mencatat bacaan tidak sihat semalam, turun kepada 82 iaitu IPU sederhana.
Tiga
puluh kawasan lain turut mencatat bacaan IPU sederhana antaranya Kuala
Selangor (98), Seremban (88), Seri Manjung (74) serta Bakar Arang dan
Sungai Petani yang masing-masing merekodkan IPU 71.
Sebanyak 12
kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik dengan yang terendah
iaitu 30 dicatatkan di Langkawi dan Sandakan.
Bacaan IPU antara 0
dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak
sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan