Adakah rakyat sahaja harus ubah cara hidup
dan dihimpit kesusahan sedangkan Menteri dan keluarga mereka terus
memperagakan kemewahan.
PETALING JAYA: Pengasas merangkap Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi memiliki koleksi lima utas jam tangan mewah yang nilainya dianggarkan RM1.5 juta.
Menurutnya, beliau tertarik dengan penampilan kemas dan bergaya Zahid kerana hampir setiap kali beliau muncul di khalayak, beliau memperagakan koleksi jam tangan mewah yang berbeza
“Jika di teliti lima koleksi gambar yang diperolehi dari media tempatan dan dari media di negara jiran telah memperlihatkan Zahid memperagakan jam mewah yang sangat bergaya.
com
.Ujar Badrul lagi, tujuan beliau mengumpulkan gambar dan menyelidik koleksi jam tangan Zahid adalah disebabkan beliau meminati dan terpegun dengan koleksi yang dimiliki oleh Zahid namun mengharapkan beliau tidak disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
“Harap-harap saya tidak disiasat dibawah Akta Hasutan atau dikepung oleh gangster di stesen minyak seperti Amir Bazli Abdullah hanya kerana surat terbuka ini,” ujarnya.
Badrul atau lebih mesra dipanggil Chegubard juga ingin mendapatkan kepastian sama ada benar model jam yang dibandingkan itu sepadan dengan model jam tangan yang dipakai oleh Zahid.
“Saya andaikan tidak mungkin seorang menteri menyokong usaha pemalsuan barangan dengan memakai barang tiruan. Maka jika benar modelnya, maka jumlah koleksi lima jam tangan tersebut mencecah RM1.5 juta nilainya,” katanya.
“Persoalannya ialah banyak wang Zahid, dan itu baru lima utas jam tangan dan banyak lagi gambar Zahid muncul dengan pelbagai jam tangan yang berbeza.
“Saya yakin, pasti ada puluhan lagi koleksi jam tangan mewah dalam koleksi, maka berapa nilai semua jam tangan sahaja? Bagaimana dibeli atau siapa yang hadiahkan atas urusan apa hadiah jam mewah sebegitu harganya ?” soalnya kepada Menteri Dalam Negeri itu.
Jelasnya, ketika rakyat berkira wang syiling untuk membeli barang, adakah wajar Zahid memiliki dan memperagakan koleksi jam tangan mewah ? Itu baru jam, belum diteliti lagi yang lain.
“Adakah rakyat sahaja harus ubah cara hidup dan dihimpit kesusahan sedangkan Menteri dan keluarga mereka terus memperagakan kemewahan,” katanya.
Ujarnya lagi, beliau amat mengharapkan respon positif dari Zahid atas pertanyaan beliau dalam surat terbukanya dimana beliau juga merupakan peminat jam, “Cuma seperti marhaen biasa kami cuma ada minat tetapi hanya dapat menikmatinya dengan melihat digayakan ditangan Menteri seperti YB Datuk Seri dan keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan