Hanya 31.7% Rumah Mampu Milik Harga
RM250,000 & Ke Bawah Dibina. Isi Rumah Mahukan 2.3 Juta Unit Rumah!!
: Inilah antara masalah terbesar yang membelengu rakyat Malaysia
terutamanya golongan muda yang tinggal di bandar Malaysia bagi memiliki
rumah sendiri.
Dek kerana….bekalan
dan pembinaan rumah baru masih lagi tidak dapat menampung permintaan
yang sangat tinggi, akhirnya pemaju dan pemain hartanah yang lain nampak
peluang ini dan mengambil kesempatan sehingga berlakukan lonjakan
tinggi kenaikan harga rumah naik di Malaysia. Dan jurang di antara
permintaan dan bekalan rumah di Malaysia sangatlah jauh ketika ini iaitu
kira-kira 40%. Apatah lagi statistik rumah mampu milik?
Sekarang ini Malaysia telah mencapai
jumlah penduduk seramai 30 juta orang. Di mana secara purata seramai
4.31 orang ada mempunyai keluarga sendiri yang mewakili 7 juta keluarga
yang masing-masing “dahagakan rumah sendiri“.
BACA SINI : Sejarah "Kelajuan" Kenaikan Harga Rumah di Malaysia VS Gaji Rakyat Malaysia
Statistik Punca Trend Kenaikan Harga Rumah Naik di Malaysia?
- Sejak tahun 2011, harga rumah meningkat 9.96% – 12.3% setiap tahun
- Dan daripada jumlah penduduk 30 juta tersebut, 69% terdiri daripada kumpulan yang berumur 39 tahun dan kebawah
- Malangnya setakat ini, hanya 4.7 unit rumah yang mampu disediakan (tidak termasuk rumah di kampung dan pedalaman) sehingga menyebabkan bekalan tidak cukup sekaligus harga rumah terus melonjak tinggi
- Hakikatnya, setiap tahun pembentukkan isi rumah adalah pada angka 140,000 sedangkan unit rumah baru yang berjaya disediakan hanya pada jumlah 100,000 unit rumah sahaja
- Itu belum dikirakan lagi berapa banyak rumah mampu milik yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia
- (80% rakyat Malaysia mempunyai gaji kurang RM6,954 sebulan). Mereka daripada kumpulan ini hanya mampu memiliki rumah berharga RM300,000 ke bawah berdasarkan 30% daripada pendapatan bersih pada kadar asas pinjaman pada ketika ini, 6.85%
- Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap laporan NAPIC (Pusat Maklumat Harta Tanah) hanya 31.7% unit rumah baru (rumah mampu milik) berharga RM250,000 dan ke bawah yang mampu disediakan
- Akses mudah kepada pinjaman perumahan sebelum ini
- Pengenalan DIBS
- Pelancaran rumah mampu milik PR1MA yang dinaikkan pada paras sehingga RM400,000 (KLIK SINI BERITANYA)
- Kelewatan dalam mengeluarkan kelulusan perancangan, kos pembangunan, utiliti, mengakibatkan lebih banyak kos yang meningkat diturunkan kepada pembeli rumah
- Penghijrahan secara mendadak golongan muda berhijrah berpindah ke Lembah Klang setiap tahun, yang telah membawa kepada permintaan yang lebih tinggi kepada rumah mampu milik di kawasan lembah Klang
Rumah Mampu Milik : Harapan Rakyat Malaysia Kepada Pemaju?
Bagi Berita Semasa sendiri pemaju tetap pemaju yang hanya dahagakan duit pelanggan dan keuntungan syarikat mereka sahaja.
Kita tidak boleh mengharapkan syarikat
pemaju untuk membina lebih banyak unit rumah bagi menampung permintaan
tinggi isi rumah di Malaysia apatah lagi membina rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia.
Nah, inilah antara punca terbesar
mengapa dan kenapa harga rumah di malaysia terus melambung tinggi. Apa
sebabnya? Puncanya adalah berlaku ketidakseimbangan antara permintaan
dan penawaran ke kumpulan sasaran yang tepat di Malaysia seperti anda,
anda di sini yang berkehendakkan rumah mampu. Sampai bila masalah ini
akan berkesudahan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan