HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 September 2014

Isu PPS: Kertas siasatan sedang disiapkan

WARTA UTARA


GEORGETOWN - Kertas siasatan penahanan 157 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) termasuk pengerusi, Phee Boon Poh dan Adun Seri Delima, RSN Rayer dan sedang disiapkan untuk diserahkan kepada Ketua Unit Pendakwaan (KUP).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kertas siasatan itu akan diserahkan selewat-lewatnya esok.
"Polis sudah membebaskan semua anggota PPS yang ditahan termasuk Rayer dengan jaminan polis  pada jam 7 pagi tadi.

"Polis merekodkan semua keterangan termasuk empat anggotanya yang positif dadah.

"Bagaimanapun, kita perlu mendapatkan laporan dari Jabatan Kimia sama ada dadah itu berpunca dari ubat yang diambil atau pengambilan dadah," katanya kepada media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Deputi Superintendan (DSP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Menurutnya, mereka disiasat bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut  Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat secara berperingkat berikutan empat daripada anggota pertubuhan itu didapati positif dadah.

Terdahulu, 11 dari 156 anggota PPS yang ditahan polis didapati mempunyai rekod jenayah lampau terrmasuk cubaan membunuh, ahli kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, kesalahan bawah akta kastam dan beberapa kesalahan lain.

Mereka ditahan Ahad lalu selepas menyertai perbarisan hari kemerdekaan di Padang Kota Lama yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan barisan Exco negeri.

Tiada ulasan: