IPOH - Perjalanan 10 sekeluarga ke majlis perkahwinan bertukar tragedi
apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan melibatkan van dan
kereta di Kilometer 249.2 Lebuhraya Utara Selatan berhadapan Hentian
Rehat dan Rawat Sungai Perak (arah selatan), awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, mangsa, Salmah Ahmad, 46, dari Batu Kurau dan Jimah Md Nata, 61, dari Aulong, yang menaiki van jenis Toyota bersama lapan ahli keluarga lain dalam perjalanan ke Rawang sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.
Mereka sekeluarga dipercayai bertolak kira-kira jam 1 pagi dari Kamunting untuk menghadiri majlis perkahwinan di Rawang.
Kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta Honda City yang dinaiki dua lelaki hilang kawalan lalu merempuh belakang van berkenaan.
Rempuhan itu mengakibatkan mangsa yang duduk di belakang van cedera parah sebelum disahkan maut di tempat kejadian, sementara lapan penumpang lain bersama pemandu dan penumpang kereta mengalami cedera ringan.
Mangsa, Long Ngah Abu Bakar, 57, berkata, ketika kejadian dia bersama ahli keluarga lain nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman.
“Masa itu lebih kurang jam 1.45 makcik terjaga bila dengar bunyi dentuman kuat. Makcik turun dari van dan hanya terasa kaki serta badan sakit.
“Makcik kemudiannya segera menjauhkan diri dari kawasan kemalangan apabila melihat minyak kereta bocor kerana bimbang kereta akan terbakar,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Hindon Mahmud berkata, dia hanya menyedari kemalangan itu apabila kepalanya terhantuk di van itu.
“Saya cuma lihat jambatan dan apa yang berlaku kemudian saya tidak ingat kerana terasa sakit akibat kemalangan itu,” katanya.
Mereka yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat, manakala mereka yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Superintendan Alias Seman mengesahkan kejadian dan memaklumkan, punca kemalangan masih dalam siasatan.
Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati terutamanya ketika musim hujan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan