KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan)
diluluskan bagi membolehkan pelaksanaan Sistem Kesedaran Keselamatan
Automatik (Awas) - gabungan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan
Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).
Timbalan Menteri Pengangkutan Jalan Datuk Abdul Aziz Kaprawi semasa
sesi ucapan penggulungan di Parlimen berkata saman AES sebelum ini masih
lagi sah.
"Bagaimanapun kementerian itu akan mencadangkan kepada Kabinet agar
diskaun antara RM100 dan RM150 diberikan," katanya ketika menjawab
soalan Anthony Loke (DAP-Seremban).
Beliau berkata AES di 14 lokasi akan terus beroperasi seperti biasa dengan saman akan dikeluarkan kepada pesalah trafik.
Loke juga bertanya mengenai pihak yang akan menguruskan sistem kamera
AES kerana sebelum ini ia dikendalikan dua syarikat swasta – Beta Tegap
Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.
Dalam jawapannya, Abdul Aziz berkata kamera itu akan diletakkan dibawah seliaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan