SHAH ALAM: Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dibebaskan
hari ini menjalani tempoh parol selama dua bulan sejak Mac lalu.
Parol itu yang bermula 29 Mac lalu diberikan setelah Ahli Lembaga Parol
bersetuju meluluskan permohonan yang dikemukakan peguam Dr Mohamad
Khir.
Mohamad Khir, sebelum itu menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selama enam bulan.
Dr Mohamad Khir menandatangani dokumen tamat parol pada pukul 9.40 pagi di Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Klang.
Sistem parol adalah sistem di mana banduan menjalani baki hukuman di
luar penjara di bawah pengawasan pegawai parol untuk tinggal bersama
keluarga.
Sepanjang tempoh parol selama dua bulan itu, Dr Mohamad Khir perlu
melaporkan diri ke pejabat Lembaga Parol di Klang setiap minggu dan
perlu mematuhi 41 syarat yang dikenakan.
Antara syarat parol itu adalah beliau mesti berada di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya sepanjang tempoh parol.
Beliau juga mesti berada di rumah antara pukul 7 malam hingga 7 pagi dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan kepada media.
Pada 22 September tahun lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan
akhir Dr Mohamad Khir dan mengekalkan sabitan terhadap pertuduhan
memperoleh untuk diri dan isterinya, dua lot tanah dan sebuah banglo di
Seksyen 7, Shah Alam.
Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta daripada Ditamas Sdn Bhd
sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23
Disember 2004.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan