HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Jun 2016

Dr MAZA: Mudahkan urusan pernikahan, elak karenah mengarut

OLEH: LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Sikap keluarga, ‘ketidakfahaman’ tok kadi serta pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah yang payah menyumbang kepada kesusahan membina rumah tangga.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata karenah mengarut dan tiada kena mengena kebiasaannya membantutkan hasrat pasangan mendapatkan ‘nikmat seks’ secara halal.

Dr MAZAKatanya, segala karenah ciptaan masyarakat itu juga bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya mudah serta tidak membebankan.

“Umpamanya, urusan kenduri kahwin dijadikan jambatan kesombongan ibu bapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’.

“Saya juga tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah.

“Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah dengan apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan itu, maka ia sah,” tulisnya dalam satu status di Facebook rasminya, DrMAZA.com semalam.

Tinjauan Selangor Kini mendapati status berkenaan sehingga kini disukai (likes) 7,700 pengguna Facebook dengan hampir 4,000 perkongsian (share).

Menerusi status sama, Mohd Asri turut menegur karenah mahkamah syariah menyekat pintu keluar perkahwinan yang memberi mudarat kepada pasangan.

“Hakim barang kali ringan lidahnya menangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

“Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah.
“Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan halal dan memudahkan jalan haram,” katanya.
EZY


Tiada ulasan: