HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Jun 2016

PAS Pulau Pinang mahu selamatkan tanah rizab Melayu

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KOTA BHARU: PAS Pulau Pinang berhajat untuk menang lebih banyak kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Perwakilan Pemuda PAS negeri itu, Mohd Hafis Alias berkata ia penting supaya rizab tanah Melayu di Pulau Pinang tidak tergadai kepada kaum lain.
 
Ujarnya dalam jumlah penduduk Pulau Pinang iaitu 1.6 juta, populasi kaum Melayu di negeri itu kini berada di tangga kedua.
 
"Orang Melayu nak duduk mana?
 
"Dua negeri yang tiada tanah rizab Melayu, termasuklah Pulau Pinang. Walaupun angka ini kecil tetapi ia memberi kesan yang cukup besar kepada generasi akan datang," katanya di hadapan perwakilan di Muktamar Dewan Pemuda ke-57 di Kelantan Trade Centre (KTC), petang tadi.
 
Kaum Cina kini menjadi majoriti penduduk di Pulau Pinang dengan pecahan populasi 45.6 peratus, diikuti kaum Melayu 43.6 peratus, kaum India 10.4 peratus dan lain-lain pula 0.4 peratus.
 
Hafis mendakwa keadaan ini berlaku kerana corak pentadbiran Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang mudah-mudah menjual tanah kepada pihak luar.
 
"Jual tanah kepada orang luar ibarat jual negara, situasi sama yang berlaku di Palestin sebelum mereka dihalau keluar dari negara sendiri.
 
"Hanya satu penyelesaian untuk menyelamatkan orang Melayu di negeri itu ialah PAS menggembleng tenaga dan tawan Pulau Pinang pada PRU14.
 
"Jangan sampai si 'khalifah' Guan Eng ini menang (pada PRU-14) dan mengekalkan kuasanya di tampuk pemerintahan kerana selama dua penggal dia berkuasa, habis semua tanah Melayu tergadai," katanya lagi sambil disambut laungan perwakilan yang lain.
 
 

Tiada ulasan: