Naib Presiden AMANAH, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, politik Malaysia harus beralih daripada 'formula 3M' iaitu wang (money), jentera (machinery) dan media (media) yang diguna pakai pada masa sekarang.
Ia harus ditukar kepada menangani isu (addressing issues), menyokong dasar (advocating policies) dan memberikan komitmen (applying commitment) atau 'formula 3A'.
Perubahan ini tidak akan menjadi sukar, ujar Mujahid, kerana kedua-dua pilihan raya kecil telah membuktikan bahawa AMANAH mempunyai prospek yang baik untuk memimpin 'politik baru' itu.
"Slogan kami 'progresif dan memberi perhatian' perlu disampaikan tanpa AMANAH menjadi lebih Islam daripada PAS atau lebih Melayu dari Umno.
"AMANAH hanya perlu menjadi inklusif dan menghayati konsep 'keberkatan untuk semua'," tambahnya dalam kenyataan hari ini.
BN memenangi pilihan raya berkembar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam dengan meraih lebih banyak undi daripada PAS dan AMANAH walaupun jumlah undi mereka digabungkan.
Lemas dalam 3M
Mujahid berkata, para pengundi telah 'disumbat' secara berlebihan dengan wang, jentera dan media sehingga mereka tidak dapat memilih dengan bijak pada pilihan raya.
Mereka hanya meraih keuntungan jangka pendek dengan mengorbankan kerugian jangka panjang, katanya.
Di samping, katanya, perbezaan antara isu penting yang meliputi kumpulan etnik yang berbeza juga perlu ditangani.
Ujar beliau, pengundi Cina mengundi bagi menunjukkan penentangan terhadap salah urus kewangan negara, manakala undi Melayu melambangkan ketakutan kuasa Melayu akan terhakis jika mereka mengundi pembangkang.
"(Tetapi) apa jua yang diperkatakan mengenai kekalahan AMANAH tidak akan bermakna AMANAH perlu tunduk kepada realiti politik semasa.
"AMANAH perlu membina agenda politik baru itu dan berjuang bagi menjadikannya suatu yang relevan di masa ini," katanya.
Pembangkang perlu selesaikan perbezaan
Sementara itu, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, PAS dan AMANAH serta pihak lain dalam HARAPAN perlu menyelesaikan perbezaan jika mahu kekal relevan pada pilihan raya umum akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan