HALAMAN SANTAI

Ahad, 19 Jun 2016

PRU14 wajar diawalkan, kata Raja Nong Chik

MALAYSIAKINI


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kemenangan besar BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan BN kembali mendapat tempat di hati rakyat.

Kata beliau, ia suatu fenomena yang mampu memberi keyakinan buat kawasan-kawasan berpotensi lain memenangi PRU akan datang ekoran perubahan sikap pengundi bermula dari pilihan raya di Sarawak.

Menurutnya yang merupakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, situasi itu juga dilihat sebagai satu tempoh sesuai sekiranya PRU mahu dilakukan lebih awal.

"Pengundi sudah sedar bahawa politik pepecahan yang dibawa oleh pembangkang tidak boleh pakai.

"Analisa juga menunjukkan politik memburukkan pemimpin dan mensensasikan isu tidak berkesan kerana pengundi mungkin sudah jemu,"katanya, memetik laporan oleh Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Raja Nong Chik menambah, pada pilihan raya umum yang lalu, berpolitik dengan mencemuh pemimpin dengan isu-isu yang disensasikan mungkin menjadi penentu kemenangan.

Ia seperti mana yang berlaku di Lembah Pantai sendiri apabila beliau dikaitkan dengan skandal penjualan sebidang tanah, katanya.

"Akhirnya, setelah mereka (PKR) menang, barulah (Ahli Parlimen Lembah Pantai) Nurul Izzah (Anwar) mohon maaf tentang fitnah itu.

"Namun perkara sebegitu mungkin sudah tidak berkesan pada waktu sekarang ini kerana pengundi lebih mahu tahu tentang pembangnan dan bagaimana untuk kita beri khidmat pada rakyat, menerusi pembangunan dan sebagainya.

"Pengundi Cina juga sudah sokong BN apabila kita boleh lihat beberapa kawasan majoriti Cina di Sungai Besar, turut menang," katanya.


Tiada ulasan: