MALAYSIAKINI
Selepas kira-kira 24 jam dipecat Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini
berikrar tidak akan hidup melutut kerana bukan prinsipnya tunduk
bersekongkol dengan perbuatana jahat pemimpin perosak bangsa dan negara.
Menegaskan bahawa "obor perjuangan dalam jiwa" beliau akan terus
menyala bekas timbalan perdana menteri itu menegaskan beliau tidak akan
merayu terhadap keputusan Majis Tertinggi Umno (MT) semalam.
Muhyiddin juga menyeru "bangsa Melayu" supaya bangkit memperjuangkan
integriti supaya tidak diperkotak-katikkan oleh pemimpin rasuah dan
tamak haloba.
"Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya.
Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air
tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus
bersama dalam perjuangan suci ini," katanya dalam kenyataan terbuka hari
ini.
Muhyiddin yang juga bekas timbalan presiden Umno dipecat daripada
parti itu bersama bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir
semalam.
Seorang lagi pemimpin yang berada bersama kelompok itu ialah Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau tidak dipecat sebaliknya digantung
sehingga Jawatankuasa Disiplin Umno menyiapkan laporan mengenainya.
MT Umno berpendapat Muhyiddin dan Mukriz perlu diambil tindakan selepas membantu pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan