KUALA LUMPUR: Seramai 847 anggota polis dikenakan tindakan atas
pelbagai kesalahan sejak 2013, kata Pengarah Jabatan Integriti dan
Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Daripada jumlah itu, 607 anggota dipecat manakala 240 lagi digantung
atas kesalahan seperti mengelak tugas, menerima rasuah dan salah laku.
Jalaluddin berkata seramai 284 dipecat mengikut Seksyen 4 (2) (g)
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) kerana
mengelak tugas.
"Tahun ini, 25 anggota dipecat manakala beberapa lagi turut dibuang kerja kerana melanggar perintah," katanya.
Jalaluddin berkata 38 pegawai kanan disiasat manakala 302 anggota lain
disiasat kerana kesalahan berkaitan dadah, jenayah, rasuah dan salah
laku.
"Antara tahun 2013 dan bulan lalu, seramai 257 anggota disabitkan bersalah," katanya.
Menurut Jalaluddin tidak hanya mengumpul maklumat salah laku anggotanya
daripada orang ramai tetapi juga dari organisasi dan agensi bukan
kerajaan dalam usaha untuk membuang 'epal busuk' di dalam jabatan itu.
Beliau berkata jabatan itu menjalin kerjasama rapat dengan agensi
termasuk Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (Suhakam).
Antara Julai 2014 dan Februari lalu, JIPS menerima 677 laporan daripada lapan agensi mengenai salah laku anggota polis.
"Daripada jumlah itu, 409 laporan diterima menerusi SPRM," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan