KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki hancur tiga jari kanannya setelah
mercun bola yang dipegangnya meletup dalam kejadian di Kampung Bukit
Panau, Tanah Merah semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa Nik Rashidi
Azman, 17, dikatakan bermain mercun itu bersama adiknya, Nik Ridwan
Azman, 15, di kawasan rumah jiran mereka.
Menurut ibunya, Ungku Aznah Ungku Ismail, 45, ketika kejadian, dia
sedang memasak juadah untuk berbuka puasa di rumah sebelum dimaklumkan
oleh Nik Ridzwan bahawa jarinya abangnya berdarah akibat mercun
tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan