Oleh Nur Atiqah Abd Samad
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberitahu
pihaknya kini menemui jalan penyelesaian berkait isu pemandu teksi
dengan pemandu teksi dalam talian seperti Uber dan Grabcar.
Namun menurut Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar, perkara tersebut
belum boleh didedahkan kepada umum kerana pihaknya sedang merancang
untuk membentangkan kertas kerja akhir kepada Kabinet.
Jelas beliau pembentangan itu bergantung kepada Unit Perancang Ekonomi
dalam melakukan semakan sebelum membuat keputusan muktamad.
"Kemelut ni berlaku di merata dunia, bukan sahaja di Malaysia. Perkara
tu akan terus berlaku sehingga kita dapat mencari jalan penyelesaian.
Itu sedang dilakukan SPAD, sebagaimana yang diarahkan kerajaan dan kita
dah bentang kepada pihak majlis ekonomi sebelum (keputusan muktamad)
dibentangkan di kabinet.
"Jadi kita akan dapat pendekatan-pendekatan baru, bila kita dapat
keputusan daripada Kabinet. Jadi buat masa ini kami tak mahu mendahului
Kabinet," katanya kepada Antarapos.
Syed Hamid berkata, pihaknya memerlukan masa untuk melihat perubahan
undang-undang selain perlu mempertimbangkan beberapa usaha bagi
melaksanakan perkhidmatan teksi yang dikehendaki orang ramai dan
pengendali teksi.
"(Kita akan) cari penyelesaian yang munasabah kepada semua pihak yang
terlibat, kerajaan memahami rintihan yang disuarakan oleh pengusaha dan
pemandu teksi.
"Kerajaan juga faham berkenaan perkembangan teknologi dalam sistem
pengangkutan awam darat ini. Lebih-lebih lagi dalam soal 'IT public
transport' dengan cara untuk mendapatkan perkhidmatan yang orang mahu
ialah perkhidmatan yang terbaik dengan pantas, lancar dengan harga yang
munasabah," ujarnya.
Perkhidmatan Uber dan Grabcar menjadi topik hangat selepas sering
menjadi mangsa serangan pemandu teksi yang bertindak agresif dan menjadi
viral di media sosial.
Rata-rata pengguna gemar menggunakan Uber dan Grabcar ini kerana mudah
untuk dilanggan, murah dan sedia untuk membawa pelanggan ke mana sahaja
destinasi yang diingini.
Syed Hamid turut bersetuju bahawa pengguna teksi sentiasa mahukan
perkhidmatan yang terbaik, tetapi malangnya pemandu teksi gagal memenuhi
kehendak itu.
"Bila kita jadi penumpang atau pelanggan untuk sesuatu perkhidmatan
sudah tentu kita hendak yang terbaik, selesa, mesra pelanggan, kereta
elok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan