Oleh Azizul Osman
KAJANG: Penduduk kawasan Kajang berkata mereka kecewa dengan ADUN
Kajang Datuk Seri Wan Azizah Ismail kerana gagal membawa perubahan yang
diharapkan oleh penduduk, meskipun sudah mewakili DUN itu hampir dua
tahun lalu.
Tinjauan Antarapos di sekitar bandar Kajang mendapati, rata-rata
penduduk kawasan itu terlalu kecewa dengan masalah yang melanda Kajang
terutamanya banjir kilat yang sering berlaku setiap kali turunnya hujan.
"Setiap kali hujan, mesti punya banjir, mana boleh tahan macam ini.
Sejak Tsunami 2004 bila hujan lebat sahaja mulamasalah banjir disini.
"Datuk Seri Wan Azizah ada turun tapi kata susah nak tolong kerana
projek belakang rumah saya, kami ada beritahu Ketua Kampung bagaimana
nak selesai masalah ini? Kami sedia beri tanah kami di tebing sungai,
kami tidak kisah. Wan Azizah cakap tidak boleh dilaksanakan sebab tidak
kerjasama dengan tuan tanah," jelas Mohd Nasir.
Menurut Mohd Nasir, aduan mengenai banjir sudah acap kali dilaporkan
kepada Wan Azizah namun tiada perkembangan terkini diperolehi beliau.
"Ini dah nak masuk enam kali untuk bulan nie sahaja. Tengok keadaan
hujan, mulalah kami risau. Hujan dalam satu dua jam sahaja sudah boleh
banjir. Kadang sampai lutut, kadang sampai pinggang. Barang itu
nasiblah, sudah tidak ada barang (akibat banjir).
Situasi sama turut dihadapi bekas guru yang tinggal berseorangan ini.
"Dekat sini mula-mula dulu ada berturut sampai dua hari, kemudian lama
tidak ada, kemudian dua hari lagi (banjir) berturut-turut. Yang akhir tu
sampai atas lutut di bahagian dalam rumah. Itu menunjukkan dalamnya air
sungai.
"Semua ini terjadi semenjak pokok-pokok di sungai Kantas ditebang dan
dibina bangunan baru. Itu penyebab rajin banjir. Banjir tu pulak airnya
keroh betul, susah kita nak bersihkan. Rumah ini pulak tidak ada orang
lelaki. Kena panggil orang luar tolong bersihkan, kata Rafeh Hayat.
Bagi warga emas, Samsidar Mat Saman, 64 tahun, Wan Azizah tidak melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik.
"Pada pendapat saya sendiri kalau khususnya di Sungai Kantan ini memang
agak kurang perhatian YB Azizah dalam kawasan ini. Contohnya bila waktu
banjir lambat di pihak dia untuk melawat.
"Sekarang ini banjir di Sungai Kantan tidak seperti dulu, dulu tidak
ada banjir pun sebab saya sudah duduk sini selama 34 tahun tidak ada
banjir. Tapi disebabkan infrasuktur kawasan di Sungai Kantan ini agak
membangun dan sistem perparitan yang tidak begitu baik, maka
mengakibatkan banjir. Agak sedih kepada orang kampung," kata Samsidar
merujuk kepada kejadian banjir yang serin berlaku di Sungai Kantan.
Lebih membimbangkan, beberapa kawasan di Kajang pernah dinaiki air
sedalam kira-kira 0.4 meter ekoran hujan lebat malah pernah mencecah
sehingga 0.6 meter di satu-satu masa.
Wan Azizah juga didakwa jarang berjumpa dengan peniaga dan bertanyakan masalah yang dihadapi perniaga di kawasan itu.
"Itu kuranglah datang tengok pengundi-pengundi sini, dia selalu datang
(bandar) Kajang sahaja. Tapi pengundi di sini dia tidak datang jumpa.
Kalau wakil rakyat dia kena datang semua tempat takkan (bandar) Kajang
sahaja yang undi, kita di kawasan ini juga. kalau apa-apa masjlis dia
datang, padahal lain daripada itu dia tidak datang. Dia mesti datang
tengok apa masalah pengundi," kata Selvam.
Wan Azizah dipilih menjadi ADUN Kajang selepas bekas peyandangnya, Lee
Chin Cheh meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.
Bagaimanapun, Anwar hilang kelayakan selepas disabir kesalahan sodomi dan PKR kemudiannya menamakan Wan Azizah sebagai ganti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan