MALAYSIAKINI
Polis memberi amaran hari ini bahawa mereka yang didapati menyebarkan
khabar angin mengenai keganasan kaum semasa sambutan Hari Malaysia
boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.
"Mesej menghasut" menasihati bukan Melayu menyimpan bekalan kerana
kemungkinan rusuhan dan keganasan terhadap mereka semasa perarakan 16
September tersebar di media sosial," kata jurucakap polis Asmawati Ahmad
dalam satu kenyataan.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menegaskan bahawa mesej itu adalah
tidak berasas daripada pihak tidak bertanggungjawab, yang cuba menggugat
keharmonian antara kaum dan menggugat ketenteraman awam," katanya.
Beliau memberi amaran bahawa tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 4
(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia
1998.
"Orang ramai juga dinasihatkan untuk menghubungi pihak berkuasa yang
berkaitan apabila mereka meragui mesej yang diedarkan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan