HALAMAN SANTAI

Rabu, 13 Julai 2016

Universiti Adelaide padam nama Taib dari plaza

MALAYSIAKINI


Universiti Adelaide baru-baru ini memadamkan nama gabenor Sarawak dan bekas Ketua Menteri Tun Abdul Taib Mahmud dari plaza yang berhampiran sekolah undang-undang sebagai respons kepada kritikan mengenai urusannya dengan Taib.

Universiti itu bertindak sedemikian selepas tunduk akibat daripada tekanan daripada Tabung Bruno Manser (BMF) dan Yayasan Bob Brown sejak dua tahun lalu supaya tidak memberi penghormatan kepada Taib, yang dituduh mereka mendapat manfaat hasil pembalakan haram hutan hujan tropika di Sarawak.

BMF dalam satu kenyataan akhbar berkata universiti itu telah dikritik oleh masyarakat sivil dan parti Hijau Australia kerana hubungan dengan Taib yang membantu mereka mengumpul A$400,000 melalui sumbangan peribadinya, jumlah yang didakwa melebihi pendapatan bekas ketua menteri itu.

Universiti itu pada tahun 2008 menamakan plaza itu sebagai 'Mahkamah Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak' di premis mereka dalam apa yang didakwa oleh BMF sebagai penghargaan ke atas sokongan besar dan kemurahan hatinya.

Ahli parlimen parti Hijau, Australia, Park Parnell membawa isu itu di Parlimen Australia Selatan pada 2015.

Parnell menyambut baik langkah itu tetapi membidas universiti tersebut kerana kekurangan ketelusan apabila berurusan dengan Taib.



Tiada ulasan: