HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Julai 2016

JMM jemput Muhyiddin hadiri 'Nothing to Hide 3.0'

Kow Gah Chie


Tidak berpuas hati dengan keengganan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada acara pertama anjurannya bagi menjelaskan perkara berkaitan suatu akuan bersumpah (SD), NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mengeluarkan jemputan terbuka untuk beliau menghadiri program hadiri 'Nothing to Hide 3.0'.

Kali ini, JMM yang menganjurkan acara pertama 'Nothing to Hide 2.0' pada Ahad lalu yang disiarkan di TV3, memberi Muhyiddin peluang untuk membuat keputusan masa untuk acara kedua itu.

Pada 3 Jun lalu, Presiden JMM Azwandin Hamzah mengedarkan salinan SD yang mendakwa Muhyiddin mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita dan menyalah-gunakan kuasa.

Katanya, beliau mengedarkan salinan SD itu kerana mendakwa Muhyiddin melanggar janji untuk menghadiri acara berkenaan dan memberikan penjelasan.

“Saya hormati semua kenyataan beliau, saya tidak mahu Muhyiddin mengalih isu sebenar daripada isu jemputan, isu sebenar ialah isu moral dan rakyat nak dengar penjelasan.

“Bagi saya, tidak menjadi salah sebuah pertubuhan menjemput seseorang yang dituduh seperti Muhyiddin, bagi saya itu adalah satu bentuk terbaik untuk memberi ruang pentas untuknya enjelaskan semua pertuduhan terhadp dirinya.

“Kita (JMM) tidak ada niat untuk menyerangnya, jika (beliau) benar program (ini) boleh menjelaskan segala isu permasalahannya,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Sehubungan itu, Azwandin berharap timbalan presiden Umno yang dipecat itu tidak lagi mengalihkan pandangan berhubung masa jemputan berkenaan.

Muhyiddin, sebelum ini mendakwa SD itu sebagai tidak benar dan fitnah. Menurutnya, beliau juga tidak pernah bersetuju untuk menghadiri 'Nothing to Hide 2.0' ataupun bertemu dengan Azwandin.



Tiada ulasan: