HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Julai 2016

Pendakwaan 'keji bermotif politik', Anwar pertahan Guan Eng

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini menghadapi dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
 
Tanpa menunggu pertuduhan itu dibicarakan Anwar menuduh pendakwaan terhadap Guan Eng bersifat 'keji dan bermotifkan politik'.
 
"Ini merupakan satu pendakwaan (kepada Guan Eng) keji dan bersifat politik yang berniat menggugat pihak pembangkang dengan menjadikan pimpinan sebagai sasaran. 
 
"Berdasarkan siasatan dan pendakwaan sehingga kini, saya yakin serangan-serangan seperti ini tidak akan berhenti dengan Lim Guan Eng sahaja tetapi akan diperluas kepada pimpinan lain, malah mungkin juga dari kalangan bekas pimpinan Umno-Barisan Nasional yang telah bangkit untuk berjuang demi menyelamatkan Malaysia," katanya memetik kenyataan yang dikeluarkan semalam.
 
Anwar juga menyifatkan pendakwaan yang hadapi Guan Eng tidak ubah seperti yang dilaluinya dan keluarga selama ini.
 
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berharap Guan Eng dan keluarganya tabah menghadapi episod pendakwaan itu.
 
"Ini bukan kali pertama Guan Eng diuji sebegini; beliau pernah berkorban untuk menegakkan keadilan buat mereka yang dizalimi. Saya yakin beliau dan DAP akan tabah dalam menghadapi serangan terbaru ini.
 
"Saya juga berdoa agar isteri beliau, Betty, serta anak-anak dan keluarga akan tabah dalam mengharungi dugaan ini, seperti juga keluarga saya," katanya lagi.
 
Terdahulu pada 30 Jun lalu Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dua pertuduhan iaitu salah guna kuasa, dan perolehan harta di bawah nilai pasaran bagi seunit kediaman di Jalan Pinhorn, George Town.
 
Tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 (berkaitan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran).
 
Bagaimanapun Guan Eng mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan berkenaan.
 
Guan Eng dibenar ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.
 
 

Tiada ulasan: