HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Julai 2016

Arca Puncak Purnama: LPSVN mahu jumpa perdana menteri

 
 
Isteri Allahyarham Datuk Syed Ahmad Jamal, Datin Hamidah Mohd Noor bercakap pada sidang media mengenai Arca Saj Luna Peak 1986 di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZFADZIL, 4 JULAI 2016
Isteri Allahyarham Datuk Syed Ahmad Jamal, Datin Hamidah Mohd Noor bercakap pada sidang media mengenai Arca Saj Luna Peak 1986 di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZFADZIL, 4 JULAI 2016
 
 
Datin Hamidah Mohd Noor, balu kepada Allahyarham Seniman Negara, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal kecewa dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan karya Puncak Purnama yang dihasilkan suaminya pada tahun 1986.
 
"Bagi saya ia bukan runtuhan disebabkan kejadian alam semulajadi, ia sengaja diruntuhkan. Saya rasa terkejut dan sakit hati.
 
"Kami sedang mendapatkan nasihat barisan peguam sama ada terdapat ruang bagi membolehkan pihak bertanggungjawab terhadap perobohan arca itu disaman," katanya dalam sidang media khas bersama anaknya di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara di sini.
 
Beliau dengan nada kecewa berkata, arca dihasilkan suaminya itu tidak mengganggu mana-mana pihakseperti yang dituduh oleh Menteri Wilayah Persekutuannya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
Beliau juga meluahkan kesedihan teramat sangat kerana tidak dapat melindungi air tangan arwah suaminya yang menjadi kenangan untuk mereka seisi keluarga selama ini.
 
 

Tiada ulasan: