Oleh Muhammad Asyraf Azlan
SUBANG JAYA: Pengundi India diramal akan kembali kepada Barisan
Nasional (BN) selepas melihat komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak terhadap kaum itu, kata Naib Presiden MIC, Datuk T. Mohan.
Ujarnya, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib terus mengumumkan dana
serta projek tertentu melibatkan masyarakat India. Bantuan secara tetap
dan bukannya bermusim itu mula membuka mata kaum ini untuk kembali
menerima BN, selepas mensabotaj parti itu dalam dua Pilihan Raya Umum
(PRU) lalu.
"Bagi saya isu semasa, politik dan nasional bukannya disebabkan isu MIC
kalah. Masyarakat India dan Cina tidak memberikan sokongan kepada BN
mesti ada sesuatu puncanya ini bukan berpunca pengundi India tidak mahu
mengundi MIC
"Jadi selepas Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ambil alih kita tengok
sudah banyak mereka (BN) buat untuk masyarakat India khususnya dengan
membina sekolah Tamil, tempat ibadah dan lain-lain.
"Saya tengok PRU 14 ini saya percaya pengundi India akan balik kepada
BN dan saya percaya kita boleh tengok masyarakat India ini mereka
percaya kembali kepada kepimpinan MIC dengan kepimpinan baru Datuk Seri
Subramaniam dengan cara beliau menjalankan tugas," katanya di dalam sesi
wawancara khas bersama Antarapos.
Dalam pada itu, Mohan memberitahu bahawa gerakan pemuda MIC sudah mula
turun padang berjumpa secara terus dengan pengundi-pengundi muda dari
akar umbi.
Katanya, berjumpa pengundi secara berdepan memudahkan mereka memberikan
penjelasan kepada masyarakat India tentang apa yang sedang dilaksanakan
kerajaan di dalam membantu kumpulan ini.
"Pemuda-pemuda ini biasanya mereka akan melawan sikit kepimpinan tapi
itu perkara normal tapi kali ini kita punya sayap-sayap MIC mereka ini
sudah turun padang.
"Mereka pergi berjumpa dengan pengundi-pengundi muda dan bagi saya sokongan pengundi muda mula ramai yang menyokong MIC dan BN.
"Jadi kita boleh bagi tahu mereka apa yang kerajaan lakukan untuk
masyarakat India tidak seperti sebelum ini memang susah (hendak bagi
tahu)," katanya lagi.
MIC dilanda krisis dalaman apabila dua pemimpinnya, Datuk Seri G
Palanivel dan Dr Subramaniam tidak sehaluan, selepas Pendaftar
Pertubuhan (RoS) mengeluarkan notis pada Disember 2014 dengan meminta
parti itu mengadakan pemilihan semula.
Dr Subramaniam diangkat sebagai presiden parti yang baharu selepas
diisytihar menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti yang diadakan
Ogos tahun lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan