Susan Loone
Parti Alternatif Rakyat (PAP) yang berpangkalan di Pulau Pinang mahu
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Rashid Hasnon mengambil alih jawatan
ketua menteri menggantikan Lim Guan Eng, daripada menyokongnya supaya
kekal .
"Rashid, pemimpin PKR, harus ambil alih untuk menyelamatkan maruah
rakyat Pulau Pinang yang terkesan dengan Lim yang berdepan dengan dua
pertuduhan rasuah,” kata Setiausaha Organisasi Nasional PAP Rahmad
Isahak.
"Ini nampaknya satu lagi episod PKR kow-tow kepada DAP walaupun sedar
bahawa pada masa kritikal ini, perlu ada pemindahan kuasa sementara
demi rakyat Pulau Pinang," katanya.
Rahmad merujuk kepada Rashid, yang pada ucapannya di Dewan Sri Pinang
pada Sabtu lalu bahawa Lim mesti terus sebagai ketua menteri, dan kekal
menerajui Pakatan Harapan Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan
datang.
Ini di sebalik Limyang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia, Rabu lalu dan dikenakan dua tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang pada hari berikutnya.
Kedua-dua pertuduhan berkaitan dengan pembelian sebuah banglo RM2.8
juta yang didakwa di bawah harga pasaran di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.
Setiausaha Agung DAP itu mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua
pertuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dengan seorang
penjamin sementara menunggu perbicaraan.
Bagiamanpun Rahmad mempersoalkan "kebebasan dan kebersihan"
pentadbiran negeri jika Lim yang dilanda masalah terus memegang tampuk
kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan