shahbudindotcom
Dengan
tak semena-mena Lim Guan Eng kini dianggap sebagai wira. Pendakwaan di
mahkamah yang dihadapinya menjadikan dirinya semakin dilimpahi sokongan
pelbagai lapisan masyarakat.
Di
Pulau Pinang semalam, sebagai tanda solidariti, ribuan manusia pelbagai
golongan dan lapisan hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan
kepadanya.
Di
lain-lain tempat, malah di mana-mana, boleh juga didengari rasa curiga
rakyat terhadap pendakwaan itu yang mereka sifatkan lebih bermotif
politik tujuannya.
Semuanya kini serba tak kena bagi UMNO dan BN.
Mendakwa
Guan Eng di mahkamah tidak menjadikan DAP dan Pakatan Harapan lemah,
bahkan tindakan menampilkan Peguam Negara, Apandi Ali sebagai ketua
pendakwaraya dan meletakkan jaminan setinggi RM1 juta bagai
menambahburukkan lagi keadaan.
Kemudian,
tindakan DAP mewujudkan tabung khas untuk orangramai menderma di mana
sasaran kutipan berjaya dicapai hanya dalam tempoh 21 jam menjadikan
pemimpin-pemimpin UMNO dan BN semakin lemas dengannya.
Dengan
kecenderungan ini, sama ada Guan Eng bakal didapati bersalah atau
sebaliknya pada perbicaraan yang bermula September nanti, beliau tetap
akan dianggap sebagai wira.
Tidak mustahil, jika dipenjara, sokongan yang akan diterimanya lebih melimpah-limpah lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan