MALAYSIAKINI
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja
Permasuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis
istana terbuka Aidilfitri di Istana Negara, di Kuala Lumpur pada hari
raya pertama, Rabu ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraya, Datuk Wira Awang kecik Abdul Rahman
dalam kenyataan hari ini berkata majlis itu akan diadakan dari 9.30 pagi
hingga 1 tengah hari
"Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan beramah mesra dan bersalaman dengan para tetamu selama sejam mulai 11 pagi.
"Istana Negara dengan sukacitanya mengalu-alukan semua tetamu untuk
datang bersama-sama memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri ini," katanya.
Beliau berkata para tetamu dinasihatkan berpakaian kebangsaan ataupun
pakaian sopan sewajarnya, dan turut meminta mereka untuk masuk melalui
Gerbang Utama Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpuri.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama
anggota jemaah menteri turut mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri
pada sama yang sama di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, bermula jam 10
pagi hingga 4 petang.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM), bagi memudahkan
orang ramai ke rumah terbuka tersebut bas secara percuma disediakan dari
tiga lokasi di Putrajaya iaitu di Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku
Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra.
"Orang ramai boleh meletakkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi
tersebut untuk menaiki bas yang disediakan dengan kekerapan setiap 20
minit," katanya.
Di Perlis, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
berkenan mengadakan istana terbuka Aidilfitri di Istana Arau bermula 10
pagi hingga 2 petang.
Di Perak, majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat negeri akan
diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir,
di Ipoh dari 2.30 petang hingga 6 petang.
Di Negeri Sembilan, Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum
Tuanku Munawir berkenan mengadakan istana terbuka Aidilfitri di Istana
Besar Seri Menanti, Kuala Pilah bermula 10 pagi hingga 2 petang.
Di Johor, Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin pula akan
mengadakan rumah terbuka di kediaman rasminya di Saujana, Johor Bahru
dari 10.30 pagi hingga 3 petang.
Di Sarawak, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud akan
mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Astana Negeri dari 10.30 pagi
hingga 1 petang, dan dari 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Sementara itu, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem akan mengadakan
rumah terbuka di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching dari 10.30 pagi hingga
4 petang.
Di Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
akan mengadakan istana terbuka Aidilfitri di Istana Abdul Aziz, Kuantan
dari 10 pagi hingga 1 petang.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pula mengadakan rumah terbuka
di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan bermula 10 pagi hingga
3.30 petang.
Di Terengganu, Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman pula akan
mengadakan rumah terbuka di kediaman rasminya di Sri Iman, Kuala
Terengganu bermula 11 pagi hingga 3 petang.
Di Sabah, Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin akan mengadakan
rumah terbuka di Istana Negeri Kota Kinabalu mulai jam 8 pagi hingga 2
petang.
Sementara itu, sempena Hari Raya kedua, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam
Shah, yang juga Sultan Kedah, bersama Tuanku Hajah Haminah berkenan
menghadiri istana terbuka Aidilfitri di Istana Anak Bukit, Alor Setar
bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.
Di Sarawak, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud, menganjurkan
rumah terbuka kali kedua di Astana Negeri dari 10.30 pagi hingga 1
tengah hari.
Adenan juga mengadakan rumah terbuka kali kedua di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), Kuching dari jam 10.30 pagi hingga 4 petang.
Di Sabah, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menganjurkan majlis
sama di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, bermula 10
pagi hingga 1 tengah hari.
Pada Sabtu ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi, akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya di
Sri Satria, Putrajaya, bermula 3.30 petang hingga 7 malam.
Kerajaan negeri Selangor juga mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di
Padang MPAJ AU2, Jalan AU2, Taman Sri Keramat Hulu Kelang, Gombak dari
10 pagi hingga 3 petang.
Pada Ahad pula, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad
Hasan mengadakan Rumah Terbuka di NO 1, Kampung Tanjung Rantau, Negeri
Sembilan dari 10 pagi hingga 5 petang.
Di Melaka, Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri akan diadakan di
Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula 10.30 pagi hingga 5
petang.
Pada 13 Julai ini, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul
Rahman Abbas mengadakan majlis sama di Arena Sukan Antarabangsa Pulau
Pinang, bermula jam 4.30 petang hingga 6.30 petang.
Pada 14 Julai, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah akan mengadakan rumah terbuka di kediaman rasminya di Seri
Mentaloon, Alor Setar, mulai 10 pagi hingga 5 petang.
Di Perlis, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man mengadakan rumah
terbuka di kediaman rasminya di Kangar bermula 12 tengah hari hingga
4.30 petang.
Di Kelantan, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pula akan mengadakan
rumah terbuka di kediamannya di Kampung Alor Pasir, Pasir Pekan, Tumpat
bermula 9 pagi hingga 3 petang.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan