HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Julai 2016

Azmin jadi MB atas linangan air mata orang - Noh Omar

Shakira Buang


Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar tidak hairan mengapa hanya 54 peratus responden Cina berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Mohammad Azmin Ali sebagai menteri besar.

Ini kerana kata Noh, pelantikan timbalan presiden PKR itu sebagai menteri besar dibuat atas linangan air mata orang lain.

"Saya tak hairan sokongan rakyat turun kerana beliau dilantik atas perjuangan orang lain.

“Azmin jadi menteri besar atas linangan air mata orang lain.

“Kerana orang yang menang pilihan raya kecil (PRK Kajang) tak jadi menteri besar, orang yang tak turun berkempen pula yang jadi MB,” kata Noh Omar dalam temubual bersama Malaysiakini di pejabat Umno bahagian Tanjong Karang.

Tinjauan Merdeka Center sebelum pilihan raya kecil 18 Jun lalu mendapati Azmin memperoleh 'markah' yang lebih tinggi daripada pengundi Melayu dan India berbanding Cina.

Bagaimanapun, secara keseluruhan, 65 peratus rakyat Selangor dikatakan masih berpuas hati dengan pentadbiran Azmin.

Keputusan tersebut menampakkan jurang perbezaan yang ketara dengan pemimpin terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat 'markah' lebih baik pada tahun keduanya menjadi menteri besar pada tahun 2009.

Sejumlah 69 peratus daripada responden Cina berpuas hati dengan Abdul Khalid, ketika itu.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Tanjong Karang itu berkata Azmin juga dilihat tidak mendapat sokongan dari kepimpinan partinya sendiri.

"Bagi saya Azmin tak mendapat pengiktirafan dari parti dia, kerana kita lihat mengapa mereka sanggup adakan PRK?

"Sebab mereka sendiri tak yakin dengan kepimpinan Azmin," kata Noh.

Tiada ulasan: