Tuduhan
Pas kerajaan gagal menunaikan janji untuk membayar bantuan RM500 kepada
pekebun dan penoreh getah adalah fitnah semata-mata bertujuan
memburukkan kerajaan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri menyifatkan tuduhan Pas itu sebagai sengaja untuk memberi gambaran buruk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung bayaran bantuan khas kejatuhan harga getah 2016.
“Setakat 5 Julai 2016, Risda telah pun menerima permohonan sebanyak 190,583 orang di mana 163,061 adalah pekebun kecil dan 27,522 merupakan penoreh getah.
“Daripada jumlah permohonan, 84,754 orang telah layak menerima bantuan manakala bakinya masih dalam proses semakan untuk memastikan pemohon memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
“Setakat ini, seramai 47,418 orang telah pun menerima bayaran bantuan tersebut mengikut pecahan di seluruh negara,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya petang tadi.
Jelas Ismail Sabri, mereka yang layak menerima bantuan yang dijanjikan kerajaan mestilah mempunyai tanah tidak melebihi 2.5 hektar bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang mempunyai kad PAT-G yang dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia.
“Mungkin ada yang tidak layak disebabkan tidak memenuhi syarat itu yang telah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang cuba bertindak sebagai hero.
“Risda telah sedaya upaya berusaha untuk mempercepatkan proses semakan kelayakan dan bayaran sehingga kakitangannya diarah bekerja lebih masa dan membuka pejabat dapa hujung minggu.
“Malah Risda juga telah mengarahkan pegawai seranta dan pemaju masyarakat untuk turun ke kampung bagi memberi penerangan dan membantu pemohon membuat permohonan,” jelasnya.
Tambahnya lagi, tarikh akhir permohonan telah dilanjutkan hingga 31 Ogos dan bayaran dijangka dapat diselesaikan pada akhir September 2016.
“Saya harap, pemohon jangan terkeliru dengan dakwaan pembangkang yang hanya pandai berbohong kerana meraka tahu semua janji yang dibuat kerajaan akan ditunaikan,” katanya. -- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan