HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 Julai 2016

Umno ada kekuatan jentera luar biasa, kata Saifuddin

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Susunan kerja dan strategi Umno Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya amat luar biasa, kata Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah.
 
Menurutnya kekuatan itu ada pada jentera Wanita Umno dan PH tidak dapat tidak perlu melakukan sesuatu supaya sayap wanitanya punya kelebihan yang sama sekaligus membantu melonjakkan lagi sokongan pengundi kepada gagasan itu.
 
"Beberapa perkara yang telah dilakukan oleh Umno dan BN terutamanya dalam stratergi menghadapi pilihan raya seperti contohnya kekuatan Umno dari segi jentera wanita ,perkara itu memang sesuatu yang luar biasa.
 
"Kita dalam Pakatan Harapan tidak mempunyai kekuatan yang sedemikian rupa dan sekirnya kita tidak mampu berlawan dalam gelanggang yang sama yakni menggunakan kekuatan yang hampir sama.
 
"Maka kita kena mencari helah ataupun jalan-jalan yang lain tetapi mampu meraih sokongan yang secukupnya," katanya ketika sesi wawancara khas bersama Antarapos baru-baru ini.
 
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, BN menang bergaya dengan merampas sejumlah kerusi daripada parti pembangkang.
 
Di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pula, BN mengekalkan momentum kemenangan kemenangan mereka dengan peningkatan majoriti di kedua-dua kerusi tersebut.
 
Saifuddin juga mengulas sikap pimpinan PAS dan Amanah  yang saling menuduh parti masing-masing sebagai 'pengacau' dalam kalangan parti pembangkang.
 
Ujar Saifuddin PAS dan Amanah sepatutnya melupakan sengketa di antara mereka dan menumpukan usaha kepada mengukuhkan parti pembangkang dalam persediaan menghadapi Umno BN pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
"Soal tuduh menuduh antara satu sama lain ini lazim berlaku dalam politik, apa lagi di antara PAS dengan Amanah mereka belum sampai setahun berpisah.
 
"Tetapi dari segi kami dalam Pakatan Harapan ini bukan masa untuk tuduh menuduh, ini adalah masa untuk kita kembali ke pada asasnya melihat apa perkara-perkara yang mesti dilakukan," katanya lagi.
 
PRU14 dijangka diadakan pada 2018, dan ada pihak meramalkan pilihan raya itu di adakan lebih awal, memandangkan sokongan kepada Umno BN berada pada tahap memuaskan buat masa ini.
 
 

Tiada ulasan: