HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 Julai 2016

Jika bukan Islam faham, mereka akan terima RUU Mahkamah Syariah - Aidit

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jika PAS berjaya memberikan penjelasan dan mampu meyakinkan orang bukan Islam perihal Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah, tidak mustahil pemohonan pindaan akta itu di Dewan Rakyat akan disokong tanpa bantahan.
 
Penganalisis politik, Datuk Aidit Ghazali berkata jika PAS orang bukan Islam tahu manfaat serta faham matlamat sebenar pindaan itu dibuat, nescaya mereka tidak akan menolaknya.
 
Beliau kemudiannya menjadikan perbankkan Islam, yang semakin diterima masyarakat bukan Islam, sebagai contoh.
 
"Kalau bicara tentang penubuhan bank Islam, kita tak boleh bicara tentang kepentingan bank semata-mata. Tapi tentang kewujudan sistem ekonomi yang ada manfaat bagi orang Islam dan juga bukan Islam. Dan terbukti perkara ini sudahpun berlaku.
 
"Kita lihat dalam sistem perbankan Islam. Dalam sesetangah akaun lebih ramai orang bukan Islam yang menajdi pelanggan daripada orang islam. Ini menunjukkan, bila cara kita menyampai itu betul dan kalau kita bukti dengan kenyataan prestasi yang meyakinkan, orang akan terbuka hati (untuk terima)," ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.
 
Justeru bagi Aidit, tidak mustahil pembantangan RUU itu disokong dan diterima semua lapisan masyarakat.
 
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengusulkan RUU Persendirian untuk meminda Akta 355 bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah. 
 
RUU itu bakal dibentang dan dibahaskan pada sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung Oktober ini.
 
Hakikat pahit yang perlu ditelan adalah bidang kuasa Mahkamah syariah di negara ini terlalu terhad dan jauh ketinggalan berbanding Mahkamah Sivil.
 
Dibawah Akta 355 (akta jenayah), Mahkamah Syariah hanya memperuntukkan hukuman maksimum tiga tahun penjara, RM5000 denda dan enam kali sebatan sahaja.
 
Ramai pengamal udang-undang syariah sebelum ini mengeluh hukuman itu terlalu kecil dan tidak menggerunkan masyarakat.
 
Mengulas lanjut, Aidit berkata beliau sedar meskipun cadangan untuk meminda akta itu tidak bermotifkan politik, namun ia sukar untuk memenangi hati ahli Dewan Rakyat.
 
Respon awal bersabit pembentangan usul itu menyaksikan rata-rata daripada mereka mempersoakan RUU itu termasuklah Barisan Nasional (BN), PKR, DAP serta Amanah. 
 
Malah, pemimpin utama parti komponen BN mengugut untuk meletakkan jawatan jika kerajaan meluluskan pindaan akta tersebut.
 
"Tetapi setelah kita sudah beri penjelasan mereka tetap bersifat jahil, ketika itu kita kena kembali balik kepada hak Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.
 
Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam pada kedudukan tertinggi dan seharusnya bidang kuasa Mahkamah Syariah juga dinaiktaraf sama seperti  Mahkamah Sivil, ujar Aidit.
 
 

Tiada ulasan: