NILAI: Seorang wanita maut manakala empat ahli keluarganya parah dalam
kemalangan membabitkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat Desa
Melati, Jalan Persiaran Negeri, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata dalam
kejadian jam 9.55 malam, A Puspa Mary, 39, meninggal dunia di tempat
kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.
Beliau berkata, ketika kejadian kereta dinaiki mangsa berhenti di belakang sebuah lagi kereta disebabkan lampu isyarat merah.
"Tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentangan hilang kawalan dan
terbabas lalu melanggar bahagian kanan kereta di hadapan itu sebelum
merempuh kereta dinaiki mangsa.
"Berikutan itu, wanita terbabit maut manakala empat ahli keluarganya yang lain cedera parah.
Pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta yang dilanggar cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemandu kereta yang terbabas iaitu seorang lelaki warga
Pakistan yang cedera ringan, ditahan untuk siasatan lanjut mengikut
Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan