HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 Julai 2016

Wanita maut terjun dari tingkat 4 Plaza Imbi

 
 
Mayat wanita yang terjun dari tingkat 4 Plaza Imbi ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah petang tadi.
Mayat wanita yang terjun dari tingkat 4 Plaza Imbi ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah petang tadi.
 
 
Pengunjung Plaza Imbi, Bukit Bintang dikejutkan dengan insiden seorang wanita maut dipercayai akibat terjun dari bangunan tersebut petang tadi. 
 
Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 2 petang dan wanita yang berusia 28 tahun itu dikenal pasti bekerja sebagai jurujual.
 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan kejadian itu.
 
"Siasatan awal polis mendapati si mati dipercayai membunuh diri terjun dari tingkat 4 Plaza Imbi.
 
"Orang awam di situ mendapati mangsa terbaring di atas lantai depan Plaza Imbi sebelum ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah sampai dan mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya di sini.
 
Keluarga si mati yang tampil ke balai sejurus dimaklumkan insiden tersebut memberitahu, mangsa mengalamai gangguan mental semenjak tiga tahun lalu dan menjalani rawatan di Hospital Ampang.
 
"Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur. dan proses bedah siasat akan dilakukan esok.
 
"Kes diklasifikasikan sebaagai mati mengejut," ujarnya lagi. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan: