HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 Julai 2016

Warga emas ‘aib’ PM di Whatsapp dibebas dengan jaminan polis

MALAYSIAKINI


Penulis buku yang direman kerana disyaki menyebarkan mesej bergambar mengaibkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam aplikasi WhatApps pada Jumaat lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata suspek lelaki yang berusia 76 tahun itu telah direman selama tiga hari sebelum ini.

Namun, tempoh remannya yang telah berakhir semalam, tidak dilanjutkan Mahkamah Majistret di Johor Baharu selepas mengambil kira faktor kesihatan suspek yang menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi.

"Pada ketika ini, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan kita masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Selepas mendapat laporan itu, kita akan rujuk balik kepada DPP untuk arahan lanjut," katanya.

Suspek yang ditahan di rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya pada 2 Julai susulan satu laporan polis yang dibuat di negeri ini, disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- Bernama

Tiada ulasan: